Jun 11, 2009

PJKN 2009 = HEBAT!!

1 - 10 Jun 2009 lalu saya terlibat dengan Program Jatidiri dan Kesukarelaan Nasional. Bersama konsultan dan tenaga kerja yang sama, kami berkampung selama 7 hari di Pusat Latihan Kemas Melaka dan baki berikut di Kg. Bukit Bulat untuk program keluarga angkat.

Pelajar yang terlibat merupakan golongan pemimpin yang didatangkan khas dari 4 buah sekolah yang terpilih. Sekolah yang telibat adalah :

1) SMK TUN MUTAKHIR
2) SMK DURIAN TUNGGAL
3) SMK JASIN
4) SMK TUN PERAK

------------

Best!!

Tak terluah perasaan saat kami menyudahkan program kali ini. Dengan tenaga kerja yang agak 'limited' berbanding program -program lepas, nampaknya kami masih mampu kendali PJKN dengan jaya (saya kira)

Erm, peserta memang best sangat. Kerjasama, komitmen dan disiplin memang tip top (puji...puji..hehe)

Ikhlas ni ;)

Kumpulan peserta saya pula terdiri daripada 12 orang pelajar yang saya kita antara kumpulan terbaik pernah saya jumpa.

Kenapa cemerlang?

Sebab, kumpulan K.I.T.A (nama kumpulan saya) punya ketua yang boleh kendali kumpulan dengan baik. Ahli-ahli kumpulan pun bagus.

Ide mungkin tak lah sekaya orang universiti, namun kerjasama yang dimiliki buat saya kagum sendiri. Sangat bangga :)

Boleh saya kata petugas PJKN untuk siri 1/2009 amat seronok berprogram kali ini.

Kematangan + kerjasama kami dan peserta yang best...buat kami akan dilamun rindu-rindu yang maha dasyat selepas ini..Hebat!!

Terkenang Syafik ;)

Beliau akan memberi kata semangat dan pelan tindakan pada kawan-kawan sebelum bermulanya aktiviti.

...memberi dorongan pada kami semua dan membacakan doa sebelum kami bertanding untuk Malam Gemilang.

Sesuatu yang tak saya jangkakan dari beliau yang gila-gila ;)

Terima Kasih adikku, Syafik. Terima kasih kumpulan K.I.T.A

Buat saya rindu ^_^

No comments: